Bila duduk bersendirian, mungkin rasa bosan. Sunyi benar bila ternanti-nanti datangnya sahabat sejati. Di kala memerlukan kehadiran seorang teman, siapakah yang bakal bertandang. Masih wujudkah rafik yang nantiasa di sisi waktu mudah dan payah, mampu berkongsi humburan tawa juga menahan empang tangis yang memecah?
Adakah dia tatkala bertemu langsung mengukir senyum begitu manis, semata-mata menampilkan kegembiraan bertemu rakan? Emosi yang mungkin sedang menggila didiamkan. Dipendamkan demi meraikan jiwa yang berkasihan kerana Allah Ta’ala. “janganlah engkau meremehkan kebaikan (apa sahaja yang datang dari saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu), dan jika kamu berjumpa dengan saudaramu, maka berikan dia senyuman kegembiraan.” (Riwayat Muslim)
Langsung tangan dihulur untuk saling berjabatan. Bukan salam sekadar di hujung jari, sebaliknya huluran yang terbit dari hati demi membuang dosa yang tercipta. “ tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabatan tangan melaikan keduanya diampunkan dosanya sebelum berpisah.”(Riwayat Abu Daud)
Hangat, namun tidak sehangat kasih yang termeterai demi naungan dia pada tujuh yang terpilih menjelang penghidupan di mahsyar.
“Allah Ta’ala berfirman pada Hari Kiamat: “di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana aku? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apa pun kecuali naungan ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan nya sahaja.” Sebagaimana diriwayatkan oleh asy-syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah juga.” (riwayat Ibnu Hibban dan Hakim)
Mungkin dia teman bual tidak sekadar berborak kosong tanpa makna, sebaliknya butir bicara yang terpacul sarat ilmu dan hikmah sebagai tazkirah dan muhasabah? Bila duduk bersamanya meniggikan taqwa lantaran teringgatkan Allah Azzawajalla selalu. Lalu berada disisinya bakal menigkatkan tahapan diri sebagai mukmin berkualiti.
Lalu khabar ditanya. Apakah hidupnya tenang selalu, terpinggir dari sebarang derita yang menyesakkan jiwa? Seandainya dia dihimpit sukar, sudi adan mampukah kita berkongsi susah demi melenyap kesusahan sedaya mungkin? Ya. Jika janji-nya jadi taruhan.
“ sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin didunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaan di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang yang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aibnya didunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-nya jika hamba tersebut menolong saudara-nya (riwayat muslim)
tatkala perpisahan menjengah, doa dipohonkan agar keduanya meniti bahagia. Keduanya mendamba kebahagiaan dunia dan akhirat mewarnai perjalanan hidup sahabatnya.
“tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan melaikan malaikat berkata; “dan bagimu juga seperti itu.” (riwayat Muslim)
Ah! Mahalnya nilai secebis ukhuwah. Tidak mudah menjejak permata di celahan kaca, sukar mencari rafik yang berbudi dari ribuan yang menjadi duri. Berapa ramai yang sudi menjadi penenang dan penerang berbanding himpunan pemusnah. Pencetus kemusnahan impian mengharungi jannah, destinasi abadi igauan kita.

No comments:
Post a Comment